comscore
Tumpuan :
Artikel

Lima Maut, 26 Cedera Dalam Letupan Di Ecuador

Kesan letupan yang mengorbankan lima nyawa di Guayaquil, Ecuador. FOTO: AFP

GUAYAQUIL, Ecuador: Lima terbunuh dan 26 lagi cedera dalam letupan di bandar kedua terbesar di Ecuador.

Menurut pihak berkuasa tempatan, letupan kuat mengakibatkan lapan rumah dan dua kenderaan berdekatan musnah.

Susulan insiden, Presiden Guillermo Lasso mengisytihar darurat selama 30 hari di bandar Guayaquil.

Pihaknya juga memberi amaran, tidak akan bertolak ansur dengan kumpulan penjenayah yang dilihat sengaja mengisytihar perang dengan pihak kerajaan.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Patricio Carrillo dalam kenyataannya berkata, serangan dipercayai disasarkan kepada dua invididu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan penjenayah .

Namun dalam satu lagi kenyataan dipetik media barat, kesemua mangsa yang maut termasuk dua wanita disahkan langsung tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Guayaquil dengan kepadatan lebih tiga juta penduduk disenaraikan sebagai bandar ke-50 paling ganas di dunia oleh Pertubuhan ‘Insight Crime’ dengan pelbagai aktiviti jenayah termasuk sindiket dadah.

Loading...
Terkini