comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Lubang benam ‘telan’ kenderaan di California

FOTO: AP

CALIFORNIA: Bencana alam di California dilihat semakin buruk dan terbaru lubang benam yang terbentuk dilaporkan telah menelan banyak kenderaan.

Selain itu arus deras air bah bukan sahaja menenggelamkan bandar itu namun turut menghanyutkan seorang kanak-kanak lelaki.

Setakat ini dilaporkan lebih 34 juta penduduk di seluruh California berada bawah pengawasan banjir ekoran hujan lebat yang melanda.

Lebih 200,000 bangunan kediaman dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik.

Selain hujan lebat, hujan batu dan tanah runtuh turut dilaporkan mengganas dan sekaligus menyebabkan kemusnahan.

Sekurang-kurangnya 15 maut ekoran daripada ribut yang mula membadai hujung bulan lalu.

Loading...
Terkini