comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Lubnan laksana penghantaran pulang secara sukarela

Foto: AP

LUBNAN: Kumpulan pertama pelarian Syria di Lubnan pulang ke negara asal di bawah pelan penghantaran pulang baharu.

Walaupun diselar kumpulan hak asasi manusia, pelan itu tetap dilaksanakan dengan skim sukarela.

Puluhan bas dan trak meninggalkan Arsal, kawasan tanah tinggi di Lubnan menuju ke sempadan Syria.

Pelarian membawa bersama kelengkapan peribadi dan haiwan ternakan.

Agensi keselamatan Lubnan memaklumkan sekitar 750 pelarian dijangka kembali ke negara mereka dalam fasa pertama ini.

Sementara itu agensi berita Syria melaporkan telah tiba melalui pintu sempadan Daboussiye menuju ke wilayah Homs yang diletakkan sebagai kawasan bebas keganasan.

Untuk rekod dianggarkan dua juta pelarian Syria berlindung di Lubnan.

 

Loading...
Terkini