comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Lula angkat sumpah sebagai Presiden Brazil

FOTO: AFP

BUENOS AIRES: Luiz Inacio Lula da Silva mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil untuk penggal ketiga.

Dalam ucapannya beliau berjanji untuk mengekalkan dan mempertahankan perlembagaan, mematuhi undang-undang, menggalakkan dan menegakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Brazil, berintegriti dan mempertahankan kemerdekaan Brazil

Beliau turut menekankan mengenai peranan demokrasi dan keputusan pilihan raya tetap terhasil di sebalik “ancaman ganas,” “pembohongan” dan “kebencian” yang terpaksa dilaluinya dan menggariskan mengenai kepentingan sistem pilihan raya Brazil.

Antara lain yang urut menyentuh peranan syarikat minyak dan gas Brazil milik kerajaan Petrobras dan keperluan untuk meningkatkan perniagaan kecil dan sederhana.

FOTO: AFP

Selain itu Lula mencadangkan bahawa model pengeluaran Brazil perlu mempunyai “kapasiti teknikal” untuk memberi tumpuan kepada pengeluaran barangan tempatan.

Lula juga menggariskan “komitmen” memastikan semua rakyat dapat makan tiga kali sehari serta menggesa dialog antara kerajaan dan kesatuan buruh untuk meluluskan perundangan buruh baharu.

Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Brazil atas sokongan dan keyakinan yang mereka tunjukkan dengan mengundi beliau untuk penggal ketiga. – BERNAMA

Loading...
Terkini