comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Makmal Ujian COVID-19 Di Gaza Kembali Beroperasi

Satu-satunya makmal ujian COVID-19 di Gaza dekat Pusat Rawatan Kesihatan Primer Al-Remal kembali beroperasi selepas rosak teruk akibat serangan udara Israel pada 17 Mei lalu. 

Menurut kenyataan di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Palestin, pasukan jurutera dan teknikal kementerian telah membaik pulih bekalan elektrik dan sambungan Internet di makmal yang mengalami kerosakan. 

Usaha memerangi pandemik di wilayah yang diceroboh itu tergendala akibat kepungan dan serangan udara rejim Israel.

Sehingga 17 Mei, sebanyak 332,915 kes COVID-19 dilaporkan di Palestin dengan 3,705 kematian.

Sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin, termasuk lebih 60 kanak-kanak terbunuh akibat keganasan di sempadan Gaza sejak 10 Mei lalu.

Turut dilaporkan, perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas dipersetujui pada hari Jumaat, jam 2 pagi waktu tempatan.

Loading...
Terkini