comscore
Tumpuan :
Artikel

Meteor Kejutkan Penduduk di Utah

FOTO: SKY NEWS

UTAH: Satu bunyi kuat, dipercayai bunyi seakan-akan meteor jelas kedengaran di utara Utah, Amerika Syarikat.

Hal itu disahkan Perkhidmatan Cuaca Amerika Syarikat.

Laporan bunyi kuat diterima sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan dengan penduduk dari Orem sehingga ke selatan Idaho turut memaklumkan menerusi media sosial mereka, terdengar bunyi ‘”boom”.

Datuk Bandar Utah, Spencer Cox menulis tweet yang mengesahkan bunyi itu bukan datang dari sebarang aktiviti seismik mahupun sebarang aktiviti ketenteraan.

Sementara pejabat perkhidmatan cuaca Salt Lake City pula memuat naik tweet memberitahu, pengesan kilatnya menerima isyarat jejak meteor, yang kemudiannya disahihkan menerusi video orang awam bahawa cahaya itu adalah meteor.

Loading...
Terkini