comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Monyet ‘Nakal’ Hubungi 911 Cetus Tanda Tanya

Foto: AFP

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Mungkin agaknya kerana sifat ingin tahu, seekor monyet nakal bertindak membuat panggilan kecemasan 911 sehingga menyebabkan polis bergegas ke sebuah zoo di California, Amerika Syarikat (AS).

Selepas panggilan itu terputus, sepasukan anggota polis dihantar untuk menyiasat kemungkinan kecemasan yang berlaku pada malam Sabtu lalu.

Timbalan Syerif di San Luis Obispo County menjejaki panggilan kecemasan yang diterima dari pejabat Zoo to You, sebuah taman pemuliharaan terletak kira-kira 320 kilometer di utara Los Angeles.

Bagaimanapun, polis mendapati tiada individu yang berada dalam kesusahan pada waktu itu.

Polis kemudian terus menyiasat panggilan misteri itu sehingga mendapati ia dilakukan oleh seekor monyet Capuchin bernama Route di zoo terbabit.

Difahamkan Route mengambil telefon bimbit yang berada di dalam kereta golf yang digunakan untuk mengelilingi tapak seluas 16,187 hektar zoo itu.

Capuchin merupakan haiwan kumpulan mamalia yang mempunyai daya ingin tahu yang tinggi, dan suka bermain termasuk menekan objek yang diambil.

Loading...
Terkini