comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Nahas Precision Air: CEO tawar bantuan kepada mangsa dan waris

FOTO: REUTERS

TANZANIA: Syarikat penerbangan Precision Air tampil menawarkan bantuan kepada waris dan mangsa yang terlibat nahas pesawat di Tasik Victoria.

Ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Patrick Wanri memaklumkan pihaknya telah menyediakan pusat khidmat bantuan keluarga untuk menyalurkan bantuan selain maklumat terkini berkaitan misi mencari dan menyelamat, SAR nahas kejadian.

Sekurang-kurangnya 19 maut apabila pesawat penumpang terhempas ke dalam tasik ketika cuba mendarat di lapangan terbang Bukoba semalam.

Pesawat PW 494 terhempas ke dalam tasik berikutan cuaca buruk ketika itu menyaksikan keadaan hujan lebat beserta ribut sewaktu nahas.

Kru menyelamat bergegas ke bangkai pesawat yang hampir tenggelam untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Laporan awal memaklumkan 24 penumpang telah berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

Precision Air dalam pada itu turut menzahirkan rasa simpati yang cukup mendalam kepada keluarga dan rakan mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Pesawat malang terbabit membawa 39 penumpang termasuk seorang bayi serta empat anak kapal.

Loading...
Terkini