comscore
Tumpuan :
Luar Negara

New South Wales siap sedia berdepan banjir

Sumber foto: Reuters

AUSTRALIA: Kru kecemasan di kawasan paling padat di Australia, New South Wales sedang dalam proses memindahkan penduduk dan haiwan ternakan selain turut meletakkan bag pasir di sekitar pekan, sebagai persiapan berdepan peningkatan air bah.

Paras sungai kali ini diramalkan yang paling tinggi dicatatkan dalam tempoh 70 tahun.

Buat masa ini terdapat 103 amaran banjir di seluruh New South Wales.

Lebih malang, ada kedai yang ditenggelami air sepenuhnya berikutan paras Sungai Lachlan naik mendadak di Forbes yang terletak di pinggir bandar, 5 jam dari Sydney.

Sungai Lachlan dijangka mencecah sehingga 10.8 meter, paras tertinggi dalam tempoh 70 tahun.

Sementara itu paras air di Sungai Murrumbidgee dekat pekan Wagga Wagga turut mencatat paras tertinggi sejak tahun 2010.

Meskipun ribut semakin reda di beberapa kawasan, bandar di hilir sungai berdepan risiko banjir.

Loading...
Terkini