comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Nilai eksport durian Vietnam cecah lebih RM7 bilion

FOTO Reuters

HANOI: Nilai eksport durian Vietnam kini mencecah AS$1.63 bilion bersamaan RM7.77 bilion dalam sembilan bulan pertama 2023, dan menjadikan raja buah dari Asia Tenggara itu sebagai penyumbang mata wang asing terbesar dalam industri buah-buahan dan sayur-sayuran republik itu.

Menurut Jabatan Am Kastam, nilai eksport itu adalah 14 kali lebih tinggi bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Durian telah mengatasi buah naga, nangka, tembikai, pisang dan laici untuk kedudukan utama dimana menyumbang 38.7 peratus daripada jumlah nilai eksport industri di Vietnam.

Vietnam mempunyai 422 kawasan penanaman durian dengan China merupakan pasaran eksport utama.

Loading...
Terkini