comscore
Tumpuan :
Luar Negara

OIC, MWL Kecam Serangan Israel Di Al-Aqsa Dan Gaza

ARAB SAUDI | Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Dunia Islam (MWL) mengecam tindakan Israel menyerbu Kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan serangan berterusan ke atas Gaza.

Sekretariat Agung OIC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ratusan pendatang haram Yahudi yang mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa, dengan perbuatan itu dilindungi pasukan pendudukan Israel.

Organisasi itu turut mengecam serangan berterusan Rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Tindakan ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang, resolusi dan perjanjian antarabangsa berkaitan.

OIC juga menyeru masyarakat antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan PBB, untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan serangan dan pelanggaran berulang ini.

Loading...
Terkini