comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Olivia Newton-John Meninggal Dunia

CALIFORNIA: Penyanyi dan pelakon, Olivia Newton-John yang popular menerusi blockbuster muzikal Grease meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Olivia menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di California, Amerika Syarikat pagi semalam akibat kanser.

Suami mendiang, John Easterling mengesahkan khabar duka itu menerusi laman media sosialnya.

Olivia yang melakar nama dalam industri seni selama 30 tahun itu sebelum ini menjalani rawatan kanser yang merebak ke tulang belakangnya pada September 2018.

Ia adalah diagnosis kanser ketiganya, selepas disahkan menghidap kanser payudara pada awal 90-an dan seterusnya pada 2017.

Loading...
Terkini