HOME / Luar Negara

Panahan Petir di White House Ragut Tiga Nyawa

TERKINI

WASHINGTON D.C, Amerika Syarikat: Pancaran kilat yang besar menerangi White House seketika semasa ribut petir yang kuat berlaku di Washington D.C.

Insiden itu meragut dua nyawa dan mencederakan dua yang lain di Dataran Lafayette Washington D.C., di utara White House.

Dataran Lafayette, taman awam seluas tujuh ekar, sering sesak dengan pengunjung, terutamanya pada musim panas.

Foto: Alex Brandon/AP

Empat mangsa yang dipanah petir itu kemudiannya dikejarkan ke hospital, di mana tiga mangsa disahkan meninggal dunia.

Menurut pihak berkuasa, dua daripada mangsa adalah pasangan suami isteri, dalam lingkungan 70-an, dari Wisconsin.

Para saintis mengatakan bahawa perubahan iklim meningkatkan kemungkinan panahan kilat di seluruh Amerika Syarikat.