comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Parlimen Turkiye bincang permohonan Sweden sertai NATO minggu depan

FOTO REUTERS

ANKARA: Jawatankuasa hal ehwal luar Parlimen Turkiye akan membincangkan permohonan Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) minggu depan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu memaklumkan bahawa semakan mengenai bidaan itu dijadualkan pada 26 Dis.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menandatangani protokol penyertaan Sweden ke NATO dan menyerahkannya kepada Parlimen pada Oktober.

Rang undang-undang itu perlu diluluskan oleh suruhanjaya sebelum sesi pengundian dilakukan di Parlimen.

Selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraannya di Ukraine pada Februari 2022, Sweden dan Finland mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO pada Mei.

Turkiye meluluskan keahlian Finland ke NATO pada Mac tetapi melambatkan proses penyertaan Sweden, menuntut negara Nordik itu untuk menangani kebimbangan keselamatan Ankara. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini