comscore
Tumpuan :
Luar Negara

PBB Adakan Mesyuarat Kecemasan Bincang Penyelesaian Segera Konflik

NEW YORK: Ketika pergolakan di Gaza terus memuncak, satu mesyuarat kecemasan diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB bagi mencari penyelesaian segera konflik yang berlaku.

Menurut utusan Asia Barat ke PBB, Tor Wennesland, kerapuhan gencatan senjata yang dipersetujui kini bakal mengundang kesan yang lebih buruk.

Beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB turut membangkitkan kebimbangan berhubung ketegangan di Gaza yang dilihat berpotensi menyebabkan penyambungan semula konfrontasi ketenteraan.

Sementara itu, Duta Palestin, Riyad Mansour menyelar tindakan Israel menceroboh Gaza yang disifatkannya sebagai tidak wajar.

Jumaat lalu, tentera rejim mengebom kedudukan pejuang jihad di Gaza yang meragut 44 nyawa dan mencederakan 360 orang.

Sehubungan itu, satu gencatan senjata yang diterajui oleh Mesir dimeterai kelmarin dalam usaha menamatkan keganasan terburuk sejak perang 11 hari Gaza, tahun lalu.

Loading...
Terkini