comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Pejuang Palestin bunuh 7 orang dalam serangan kuil di timur Baitulmaqdis

FOTO: REUTERS

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya 7 orang maut sementara 10 yang lain cedera dalam serangan di sebuah kuil Yahudi di pinggir Baitulmaqdis.

Menurut Al Jazeera, serangan berlaku di Neve Ya’akov ketika penganut Yahudi berkumpul meraikan upacara keagamaan mereka.

Identiti penyerang dikenal pasti sebagai penduduk Baitulmaqdis timur berusia 21 tahun namun tiada butiran lanjut mengenainya.

Dia kemudian ditembak mati oleh polis rejim di lokasi kejadian.

Hamas menerusi satu kenyataan memaklumkan serangan dilakukan sebagai tindak balas terhadap kekejaman Zionis menyerang kem pelarian Jenin sebelum itu.

Sembilan rakyat Palestin maut dalam kejadian terbabit. – REUTERS

Loading...
Terkini