comscore
Tumpuan :
Dunia

Pelancong Malaysia ke Korea Selatan Perlu Daftar Dengan Kedutaan

FOTO AP

SEOUL – Buat masa ini, pihak berkuasa Seoul juga telah mengisytiharkan kawasan insiden sebagai zon bencana khas sekaligus melarang orang awam yang tidak mempunyai sebarang urusan mustahak dari memasuki kawasan berkenaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Lim Juay Jin menggesa seluruh rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke republik itu supaya mendaftarkan kemasukan mereka terlebih dahulu.

“Saya ingin menggalakkan rakyat Malaysia yang berhasrat mengunjungi Republik Korea, untuk berdaftar dengan pihak kedutaan”.

“Ini akan membolehkan atau memudahkan pihak kedutaan untuk menghubungi mereka sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini”.

“Selain daripada itu pelawat-pelawat dari Malaysia yang ingin datang ke Korea, juga harus melanggan insurans kesihatan sebagai insurans keselamatan bagi mereka, sewaktu berada di Korea”.

Kerajaan Korea Selatan mahu punca sebenar dikenal pasti untuk membangun langkah dan sistem bagi mengelak kejadian sama berulang.

Setakat ini pasukan khas dengan 475 anggota ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu.

Tragedi yang berlaku pada 29 Oktober lalu telah meragut 156 nyawa termasuk 26 warganegara asing dengan majoriti mangsa dilaporkan berusia dalam linkungan 20-an.

Loading...
Terkini