comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Pembantu Presiden China dihalang memasuki dewan Sidang Kemuncak BRICS

Foto: Reuters

JOHANNESBURG: Seorang pembantu Presiden China Xi Jinping dihalang daripada memasuki Sidang Kemuncak BRICS di Johannesburg semalam.

Video memaparkan Xi memasuki dewan persidangan berseorangan, dan pegawai keselamatan menghalang pembantunya daripada mengikuti, sebelum menutup pintu di belakang presiden itu.

@buletintv3

Pengawal keselamatan menghalang pembantu Presiden China, Xi Jinping daripada memasuki venue Sidang Kemuncak BRICS Caption Satu rakaman video menunjukkan pembantu kepada Presiden China, Xi Jinping dihalang memasuki Sidang Kemuncak BRICS di Johannesburg, Afrika Selatan semalam. Pengawal keselamatan dilihat segera menutup pintu sebaik Presiden Xi melangkah masuk ke dewan. #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #xijinping #BRICSSummit #afrikaselatan #presidenchina

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan penganjur berhubung kejadian itu.

Sidang Kemuncak BRICS ke-15 berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan dari 22 hingga 24 Ogos bertemakan ‘BRICS and Africa: Partnership for Mutually Accelerated Growth, Sustainable Development, and Inclusive Multilateralism’.

Lebih 40 negara telah menyatakan minat untuk menyertai BRICS dan 22 negara telah secara rasmi meminta untuk diterima masuk. – REUTERS

Loading...
Terkini