comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Peniaga tawar bantuan kepada ‘bakal pencuri’ iPhone

FOTO: TRT WORLD

UNITED KINGDOM: Biarpun berdepan cubaan mencuri oleh seorang pemuda di kedai telefon bimbitnya, Afzal Adam bagaimanapun tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Pemilik kedai telefon bimbit yang beragama Islam itu sebaliknya tampil menawarkan bantuan kepada lelaki yang cuba mencuri telefon pintar daripadanya.

Menerusi perkongsian di Twitter, dia nyata memahami situasi kewangan yang mencabar kini, “sekarang adalah waktu yang sukar buat kebanyakan antara kita”.

“Jadi, sekiranya anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan, sila berjumpa dengan kami untuk kami hulurkan bantuan”.

FOTO: TRT WORLD

Cubaan ‘bakal pencuri’ itu untuk melarikan sebuah telefon pintar dipercayai jenis iPhone gagal, apabila pintu kedai itu dilengkapi kunci automatik.

Pemuda itu tiada pilihan lain tapi perlu memulangkan semula gajet itu kepada Adam.

Rakaman kamera litar tertutup CCTV kejadian itu yang dimuatnaik ke media sosial menuai banyak komen positif netizen.

FOTO: TRT WORLD

Antaranya memuji keindahan agama Islam, lantaran cara Adam menangani insiden itu dengan penuh hikmah.

Loading...
Terkini