comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Pentas Festival Muzik Runtuh, Seorang Maut, 40 Cedera

VALENCIA : Seorang maut dan beberapa orang cedera dalam satu festival muzik di timur Sepanyol akibat ditimpa pentas runtuh kerana dibadai angin kencang.

Menurut Jabatan Kecemasan Wilayah Valencia, insiden berlaku kira-kira jam 4.00 pagi waktu tempatan apabila tiupan angin kencang yang menjejaskan struktur binaan pentas sementara di Medusa Festival.

40 mangsa dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran dengan tiga daripadanya cedera parah.

Sementara itu, penganjur telah mengarahkan agar tapak konsert dikosongkan ketika mendapati deruan angin semakin kuat dengan cuaca yang dikhuatiri bertambah buruk.

Dalam pada itu, Presiden Wilayah Valencia, Ximo Puig melalui Twitter menyatakan ia satu kemalangan buruk yang menimpa kawasan itu.

Loading...
Terkini