comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Perang Israel-Palestin: Angka kematian di Gaza melebihi 11,000 orang 

FOTO: Reuters

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan angka kematian terkini ekoran serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 11,078 orang.

Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra, berkata ini termasuk 4,506 kanak-kanak, 3,027 wanita, 678 warga emas dan 27,490 orang cedera.

Tambahnya, 2,700 orang dilapor terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan 1,500 daripadanya ialah kanak-kanak.

“Pencerobohan Israel turut menyebabkan 198 pegawai perubatan mati dan 53 ambulans musnah.

“Israel menyasarkan 135 institusi kesihatan dan membuatkan 21 hospital dan 47 pusat kesihatan penjagaan primer tidak beroperasi,” katanya.

Selain ramai terkorban dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas juga semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk, susulan tindakan Israel mengepung wilayah terbabit. – BERNAMA-ANADOLU AGENCY

|ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini