comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Pesawat Tentera Filipina Bawa 85 Penumpang Terhempas

Sebuah pesawat tentera yang membawa sekurang-kurangnya 85 orang penumpang terhempas di selatan Filipina.

Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh, manakala 40 mangsa berjaya dibawa keluar dari bangkai pesawat pengangkut Lockheed C-130 yang terbakar.

Pesawat malang itu terhempas ketika cuba mendarat di Jolo di wilayah Sulu.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat berkenaan merupakan pelajar akademi penerbangan yang sudah tamat pengajian dan akan ditempatkan di Jolo untuk membantu tentera Filipina menangani kegiatan keganasan.

Loading...
Terkini