comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Petani India Kembali Protes, Tuntut Kerajaan Modi Tunaikan Janji

FOTO: AFP

NEW DELHI: Gara-gara janji tidak ditunaikan kerajaan selain rasa tertipu, ribuan penunjuk perasaan bertindak merobohkan sekatan dan melaungkan slogan penentangan terhadap Perdana Menteri, Narendra Modi di ibu negara India, semalam.

Selama lebih lapan bulan selepas petani membatalkan protes setahun lalu setelah kerajaan akur dengan beberapa tuntutan mereka, kini lebih 5,000 petani berkumpul semula di New Delhi untuk membantah Modi dan kerajaannya.

Antara yang dituntut petani adalah jaminan harga sokongan minimum untuk semua hasil pertanian dan menjelaskan semua hutang petani.

Jurucakap Kementerian Pertanian Persekutuan bagaimanapun enggan mengulas mengenai tuntutan itu.

Pada November lalu, Modi berkata, beliau akan membatalkan tiga undang-undang ladang yang bertujuan untuk menyahkawal selia pasaran hasil.

Namun petani mendakwa pembatalan undang-undang itu akan membenarkan syarikat untuk mengeksploitasinya.

Kerajaan persekutuan juga bersetuju untuk menubuhkan panel penanam dan pegawai kerajaan untuk mencari cara bagi memastikan Harga Sokongan Minimum (MSP) iaitu kadar yang dijamin untuk semua hasil ladang dapat dilaksanakan.

Bulan lalu, kerajaan persekutuan menubuhkan panel dan menjemput wakil pertubuhan peladang untuk menyertainya.

Dalam pada itu, keselamatan di sekitar sempadan ibu negara New Delhi diperketatkan selain bilangan anggota polis dipertingkatkan bagi mengawal protes daripada bertukar ganas.

Loading...
Terkini