comscore
Tumpuan :
Luar Negara

PETRONAS Ambil Tindakan Untuk Batalkan Waran Tangkap Di Sudan

Gambar Hiasan

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) sedang mengambil tindakan perundangan untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan kepada bekas pegawainya berkaitan dakwaan kesatuan sekerja terhadap PetroDar Operating Company (PDOC) di Sudan yang syarikat minyak negara itu mempunyai kepentingan. 

Dalam satu kenyataan hari ini, PETRONAS berkata peguam luar PDOC sedang dalam proses membatalkan waran tangkap itu.

Menurut satu laporan berita, kerajaan peralihan Sudan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus cawangan PETRONAS selain daripada pelabur asing lain dengan dakwaan terlibat dalam rasuah yang boleh menjejaskan hubungan dua hala di masa hadapan. 

PETRONAS berkata tindakan perundangan itu tidak berkaitan dengan prosiding undang-undang untuk menuntut kembali hak ke atas tanah dan Kompleks Petronas di Khartoum, yang ia telah memfailkan permohonan untuk timbang tara di Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID).

“Memandangkan proses perundangan sudah bermula, PETRONAS tidak boleh memberikan maklumat lanjut mengenai kedua-dua isu,” katanya – BERNAMA

Loading...
Terkini