comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat bermula

Foto: Reuters

WASHINGTON D.C: Lebih 42 juta rakyat Amerika telah membuang undi pada proses undi awal menjelang pilihan raya pertengahan penggal.

Angka itu mengatasi jumlah pada 2018.

Menurut pengendali pilihan raya, 19.3 juta pengundi awal mengundi secara fizikal, manakala 22.7 juta lagi melalui pos.

Proses pengundian biasa berlangsung hari ini untuk memilih 435 anggota dewan perwakilan, satu pertiga ahli senat, wakil negeri dan kerusi tempatan.

Sementara itu presiden Joe Biden memberi amaran kemenangan republikan dalam pilihan raya ini boleh melemahkan demokrasi negara itu.

Manakala bekas presiden, Donald Trump memberi bayangan mahu menawan semula White House.

Republikan mencabar Biden kerana inflasi yang tinggi dan peningkatan jenayah berikutan pandemik COVID-19.

Loading...
Terkini