comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Pilihan Raya Umum Denmark: Parti Sosial Demokrat menang dengan majoriti mudah

FOTO: REUTERS

COPENHAGEN: Perkembangan Pilihan Raya Umum Denmark menyaksikan parti pimpinan Perdana Menteri, Mette Frederiksen, Parti Sosial Demokrat mempertahankan kemenangan dengan memperoleh majoriti mudah.

Menerusi keputusan akhir yang dipaparkan oleh uruhanjaya pilihan raya negara itu, Parti Sosial Demokrat memenangi 90 daripada 179 kerusi parlimen yang dipertandingkan, sekaligus membolehkannya memperoleh jumlah undi yang diperlukan bagi meraih majoriti mudah.

Parti pimpinan Frederiksen meraih 87 kerusi dari tanah besar Denmark, manakala tiga lagi kemenangan diperoleh dari wilayah autonomi Faroe Islands dan Greenland.

Kemenangan terbabit sekali gus menafikan cubaan parti gabungan baharu, Parti Moderates menjadi penentu undi dalam pilihan raya kali ini apabila sekadar meraih 73 kerusi.

Ketegangan politik di Denmark berlanjutan sejak tahun 2020 lagi dan berterusan sehinggalah dibubarkan tahun ini rentetan daripada isu seperti perubahan iklim, inflasi dan penjagaan kesihatan. – AFP

Loading...
Terkini