comscore
Tumpuan :
Luar Negara

PM India Modi adakan lawatan rasmi ke Perancis, UAE

FOTO: Reuters

NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi berlepas ke luar negara pada Khamis untuk mengadakan lawatan rasmi ke Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut Kementerian Hal Ehwal Luar (MEA) India, lapor Xinhua.

Di Perancis, Modi menjadi tetamu kehormat sambutan Hari Kebangsaan Perancis atau Hari Bastille di Paris.

Setiausaha Luar, Vinay Mohan Kwatra pada Rabu berkata kontinjen yang merangkumi tiga perkhidmatan India turut mengambil bahagian dalam Perarakan Hari Bastille.

Sementara itu, Modi dalam satu kenyataan berkata: “tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 perkongsian strategik kami.

India dan Perancis akan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai domain, termasuk angkasa lepas, nuklear awam, ekonomi biru, perdagangan, pelaburan dan budaya, katanya.

Modi kemudian akan berlepas ke Abu Dhabi, UAE, untuk lawatan rasmi pada 15 Julai.

UAE akan menjadi tuan rumah Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim ke-28.

Modi berkata beliau akan bertukar-tukar pandangan mengenai usaha untuk meningkatkan kerjasama global bagi memudahkan peralihan tenaga dan pelaksanaan Perjanjian Paris. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini