comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Polis Israel Tembak Mati Seorang Rakyat Palestin Di Baitulmaqdis

Foto Pustaka AFP

BAITULMAQDIS: Seorang lelaki Palestin mati ditembak oleh polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Pejabat Gabenor Baitulmaqdis Pihak Berkuasa Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Mohammad al-Hasham.

Menurut kenyataan itu lagi, lelaki itu dipercayai ditembak dari jarak dekat, selepas pegawai polis Israel menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

Polis Israel dilapor telah mengambil jasad Hasham, tetapi tiada butiran lanjut diberikan.

Sementara itu, polis Israel mendakwa, kononnya rakyat Palestin itu cuba menyerang seorang pegawainya sebelum dia ditembak.

Polis Israel melancarkan operasi mengesan di bandar Kafr Aqab dan menyerbu sebuah rumah kerana penghuninya disyaki memiliki senjata.

Loading...
Terkini