comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Presiden Korea Selatan & PM Jepun adakan mesyuarat di Kemboja

FOTO AFP

PHNOM PENH, Kemboja: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengadakan sidang kemuncak bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Sabtu di luar perhimpunan serantau ASEAN

Agensi berita Yonhap memetik seorang pegawai presiden melaporkan, kedua-dua pemimpin kini berada di Phnom Penh untuk menghadiri pelbagai sidang kemuncak yang melibatkan ASEAN esok.

Kedua-dua pihak bersetuju mengenai perlunya sidang kemuncak itu untuk kepentingan kerjasama keselamatan susulan provokasi yang semakin meningkat dari Korea Utara.

Korea Utara baru-baru ini menjalankan ujian senjata secara bertubi-tubi, termasuk pelancaran peluru berpandu ke arah Jepun dan dijangka menjalankan ujian nuklear ketujuhnya tidak lama lagi.

Sidang kemuncak esok adalah pertemuan kali kedua Yoon dan Kishida.

Kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan dua hala pertama mereka di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada September lalu.

Loading...
Terkini