comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Protes gesa presiden Peru letak jawatan

Foto: Reuters

LIMA: Tunjuk perasaan anti kerajaan tercetus di tengah-tengah ibu negara Peru sebagai usaha menentang Presiden Pedro Castillo yang berhaluan kiri.

Mereka mendesak Castillo meletak jawatan berikutan beliau terpalit kontroversi rasuah.

Dalam pada itu pihak pembangkang kini sedang berusaha untuk menggulingkan Castillo di kala siasatan rasuah ke atasnya sedang berjalan.

Castillo yang menerajui tampuk pemerintahan sejak Julai tahun lalu sebelum ini telah terselamat daripada dua cubaan pemecatan jawatan.

Penggubal undang-undang dari pihak pembangkang dalam pada itu sedang memperoleh sokongan bagi melancarkan perbicaraan pemecatannya.

Pada Oktober lalu, peguam negara telah memfailkan aduan perlembagaan terhadap Castillo dengan pihak kongres, yang menjurus kepada pemecatan presiden itu.

Loading...
Terkini