comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Puluhan bangunan rosak akibat Taufan Nicole

FOTO : AFP

FLORIDA, Amerika Syarikat:  Taufan Nicole yang membadai Florida meragut lima nyawa.

Sekurang-kurangnya 49 bangunan termasuk kediaman tidak boleh dihuni susulan kerosakan teruk

Lebih 300,000 penduduk terputus bekalan elektrik namun angka itu menurun kepada 8,000 setakat malam tadi.

Datuk Bandar Orange, Jerry Demings mengesahkan dua kematian akibat renjatan elektrik.

Dua lagi kematian masih disiasat manakala satu lagi kematian membabitkan warga emas berusia 68 tahun dilaporkan di Pelabuhan Canaveral.

Penduduk kini giat menjalan usaha-usaha pembersihan di kawasan masing-masing.

Nicole yang mula melemah kepada Ribut Tropika semalam dikesan berada di West Virginia setakat petang tadi dengan kekuatan angin 45 kilometer sejam.

Ia diramal bergerak menuju ke timur laut negara dan tiba di Maine esok.

Loading...
Terkini