comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Puluhan individu ditahan dalam perarakan wanita di Istanbul

Peserta wanita adakan bantahan sempena Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita dikepung polis tempatan. – FOTO: AP

ISTANBUL: Polis menahan berpuluh-puluh orang di Istanbul, Turkiye pada perhimpunan sempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita.

Bantahan tanpa kebenaran itu diadakan di Dataran Taksim, tempat perhimpunan tradisional untuk demonstrasi.

Pihak berkuasa bertindak menghalang perarakan dengan polis menggunakan beberapa siri penghadang untuk menghalang jalan.

Perhimpunan digelar ‘Platform 25 November’ itu adalah gabungan kumpulan wanita yang membawa ratusan penunjuk perasaan turun ke jalan raya.

Iran mempunyai diaspora yang besar di Turkiye, yang dianggarkan seramai 120,000 orang pada 2021.

Sekumpulan aktivis membentangkan sepanduk di hadapan polis dengan menyatakan demi kebebasan, mereka tidak berdiam diri, tidak berputus asa dan tidak tunduk kepada keganasan negara patriarki. – AP

Loading...
Terkini