comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Putera Britain Rasmi Tugu Peringatan Mendiang Bonda Mereka

Foto: AFP

Putera Britain, Putera William dan Putera Harry merasmikan tugu peringatan mendiang bonda mereka, Puteri Diana dalam satu upacara ringkas di Sunken Garden, dekat Istana Kensington, London, pada Khamis.

Tugu peringatan itu dibina atas permintaan kedua-dua putera berkenaan pada tahun 2017, ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka, kata pejabat akhbar Istana Kensington dalam satu kenyataan.

“Hari ini, sepatutnya ulang tahun ke-60 bonda kami, kami mengenang kasih sayangnya, kekuatan dan perwatakan lembutnya – yang juga menjadi inspirasi kepada dunia, mengubah banyak kehidupan menjadi lebih baik. Setiap hari, kami berharap bonda masih bersama kami, dan diharapkan tugu ini menjadi simbol kehidupan dan legasinya,” kata Putera William dan Putera Harry, melalui akaun Twitter rasmi The Duke dan Duchess of Cambridge.

Arca bersaiz manusia itu hasil ukiran Ian Rank-Broadley dan ukirannya menampilkan sifat kelembutan dan kemanusiaan sambil mempamerkan kesan yang ditinggalkannya daripada generasi ke generasi.

Taman Sunken adalah antara tempat kegemaran Puteri Diana di Istana Kensington, direka semula sempena perasmian tugu peringatan berkenaan dengan hasil sentuhan khas termasuk bunga kegemaran mendiang,

Taman Sunken kini berwajah baharu sebagai simbolik penghormatan buat Puteri Wales itu.

Puteri Diana meninggal dunia pada usia 36 tahun dalam nahas jalan raya di Paris pada 21 Ogos 1997.

Loading...
Terkini