comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Putin hentikan perjanjian cukai berganda dengan ‘negara tidak mesra’

FOTO: Reuters

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa menandatangani dekri menggantung perjanjian meliputi cukai berganda ke atas pendapatan dan aset dengan negara “tidak mesra”.

Langkah itu telah dicadangkan oleh kementerian kewangan dan luar pada Mac.

Dalam dekri berasingan, Putin membenarkan penggunaan akaun bank khas dalam rubel dan mata wang asing untuk pembayaran eksport produk pertanian Rusia, menurut Agensi Anadolu.

Beliau juga memperkenalkan rang undang-undang untuk pertimbangan parlimen mengenai prosedur untuk memberitahu PBB dan Majlis Eropah tentang pengenalan atau penamatan keadaan perang atau darurat di Rusia.

Bagaimanapun butiran pindaan itu tidak diberikan, lapornya.

Negara-negara Barat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia sebagai tindak balas terhadap “operasi ketenteraan khas” di Ukraine. – BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Loading...
Terkini