comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Rizab Persekutuan AS sekali lagi naikkan kadar faedah

FOTO: REUTERS

WASHINGTON: Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, sekali lagi menaikkan kadar faedah bagi mengekang kenaikan inflasi berterusan di negara itu.

Kenaikan kadar faedah terbabit diumum ketika negara berkenaan sedang bersiap-sedia menghadapi pilihan raya pertengahan penggal.

Keputusan itu seiring dengan kenaikan kadar pinjaman sebanyak 0.75 peratus oleh bank pusat, kenaikan keenam tahun ini dalam usaha kerajaan mengawal inflasi.

Langkah berkenaan sekali gus menunjukkan kadar inflasi akan terus meningkatkan harga jualan dan harga pasaran melepasi bulan Oktober.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell ketika ditemui memaklumkan penggubal polisi belum bersedia untuk menamatkan sebarang kenaikan kadar faedah.

Beliau tidak menolak dakwaan bahawa kadar faedah mungkin terpaksa dinaikkan lagi selepas Disember bagi membolehkan nilai inflasi diturunkan sebanyak 2 peratus. – AFP

Loading...
Terkini