comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Rombakan Kabinet Jepun Minggu Ini?

Foto: REUTERS

TOKYO: Desas-desus mengenai rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Fumio Kishida dalam tempoh terdekat semakin bertiup kencang selepas beberapa nama mula disebut-sebut bakal bertukar portfolio.

Menurut Reuters yang memetik sumber media tempatan, rombakan kabinet dijangka berlaku dalam minggu ini tanpa mendedahkan lebih lanjut butiran mengenainya.

Antara yang disebut-sebut bakal melepaskan jawatan dalam kabinet semasa ialah Menteri Industri, Koichi Hagiuda.

Hagiuda dijangka bakal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kajian Polisi Parti Liberal Demokratik, LDP yang berperanan mengangkat kepentingan parti dan mengukuhkan lagi polisi pertahanan parti berkenaan.

Sementara itu, salah seorang penasihat kanan Kishida, Minoru Terada dan Naoki Okada turut dijangka menjadi antara muka baharu yang bakal membarisi kabinet baharu Jepun.

Beliau juga diramal akan terus mengekalkan Menteri Kewangan, Shunichi Suzuki dan Menteri Luar, Yoshimasa Hayashi.

Minggu lalu, Kishida mengumumkan beliau bakal merombak kabinetnya bagi memastikan beberapa isu seperti peningkatan penularan kes COVID-19 dapat ditangani dengan lebih baik.

Namun, pemerhati politik tempatan mendakwa punca sebenar rombakan kabinet berlaku ekoran penurunan terhadap kadar peratusan sokongan di dalam kerajaan pentadbiran beliau.

Loading...
Terkini