comscore
Tumpuan :
Luar Negara

ROV Dikerahkan Bantu Kesan KRI Nanggala 402

Kapal penyelamat kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), MV Mega Bakti memulakan operasi pencarian kapal selam Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Naggala 402, awal pagi pagi tadi.

Komander TLDM Mohd Hairul Fahmy Yob berkata MV Mega Bakti memasuki sektor pencarian seawal jam 4 pagi dan seterusnya memulakan operasi pencarian sekitar 6 pagi waktu tempatan.

Pelaksanaan operasi hari ini menggunakan Remote Operating Vehicle (ROV) pada kedalaman 850 meter untuk melakukan ‘sea bed survey’, yang mula dikerahkan sekitar jam 2.15 petang waktu tempatan.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo yang turut disertai 21 kapal TNI, lima pesawat tempur dan satu lagi kapal selam yang lain.

Laporan lanjut menyusul

Loading...
Terkini