comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Sedekad Menunggu, Lelaki Sindir Pihak Berkuasa

Foto: CH3

NAKHON RATCHASIMA, Thailand: Setelah penat sedekad menunggu, seorang lelaki di Kampung Nin Man Thet, Thailand sengaja melakukan aktiviti memancing di sebuah lubang jalan raya berlubang yang dipenuhi air sebagai sindiran kepada kegagalan kerajaan tempatan dalam membaiki infrastruktur di situ.

Lapor laman berita Thaiger, kampung tersebut dipercayai sudah menanti selama 10 tahun untuk kerajaan membaiki jalan raya yang mengalami kerosakan teruk, namun tiada perkembangan positif yang diterima.

Jalan yang dimaksudkan itu menghubungkan daerah Non Sung dan Chaloem Phrakiat serta merupakan laluan penting yang sangat sibuk.

Lelaki terbabit juga sudah beberapa kali menghubungi pihak berkuasa selama bertahun-tahun untuk bertanya bila jalan itu akan diperbaiki.

Dan jawapan yang diterima, bertenang, bersabar dan tunggu.

Namun selepas 10 tahun menunggu, penduduk berpendapat bantuan tidak akan datang dalam masa terdekat.

Loading...
Terkini