comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Sekolah kembali dibuka walaupun kualiti udara belum pulih

FOTO: REUTERS

NEW DELHI: Sekolah rendah di ibu kota New Delhi, India kembali dibuka selepas kualiti udara menunjukkan perubahan positif.

Bagaimanapun bacaan indeks masih berada dalam kategori sangat teruk antara 300 ke 400 — tetapi lebih baik berbanding kategori bahaya sebelum ini.

Selain sekolah, beberapa kategori sektor pembinaan juga kembali dibenarkan beroperasi.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini cuaca di ibu kota itu berjerebu tebal menyelubungi segenap kawasan.

Keadaan lebih buruk pada sebelah pagi dengan suhu dingin.

Situasi itu melonjakkan bilangan kes gangguan kesihatan melibatkan pernafasan.

Minggu lalu kerajaan mengarahkan penutupan sekolah rendah, melarang kemasukan kenderaan diesel yang membawa barangan tidak penting ke ibu kota..

Selain menggantung kebanyakan aktiviti pembinaan dan perobohan.

Loading...
Terkini