comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Sekurang-kurangnya 14 cedera dalam insiden tembakan di Chicago pada malam Halloween

Foto: Agensi

CHICAGO: Sekurang-kurangnya 14 orang, termasuk dua kanak-kanak dan seorang remaja cedera ditembak dalam insiden tembakan pandu lalu di barat Chicago pada malam Halloween Isnin lalu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan nyawa dikeluarkan.

Menurut Superintendan Polis Chicago, David Brown dalam taklimat akhbar memberitahu, mangsa yang cedera berada dalam pelbagai keadaan, dengan beberapa daripadanya dalam keadaan kritikal.

Manakala seorang lagi turut cedera selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan di lokasi kejadian.

Memetik maklumat awal, Brown berkata satu kenderaan terlibat dalam insiden tembakan itu, tetapi berkemungkinan terdapat dua penyerang.

Polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai identiti penyerang atau motif yang dikaitkan dengan sedangan bersenjata itu. – REUTERS

Loading...
Terkini