comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Seminggu Tiada Kes Baharu COVID-19 Di Korea Utara

KOREA UTARA : Korea Utara merekodkan sifar kes baharu COVID-19 atau ‘demam’ untuk hari ketujuh berturut-turut.

Menurut media tempatan yang mengikuti rapat perkembangan pandemik di negara berkenaan, semua individu dijangkiti juga telah pulih.

Negara itu mengekalkan langkah sekatan ketat bagi mengekang penularan sejak permulaan pandemik dengan mengumumkan jangkitan sulung membabitkan Varian Omicron dikesan di Pyongyang pada Mei 2022.

Sejak itu, media republik berkenaan melaporkan angka rasmi kes jangkitan, kematian dan pulih setiap hari, dengan pemimpinnya, Kim Jong Un fokus dengan tindak balas pentadbirannya.

Korea Utara bagaimanapun merujuk kes dilaporkan sebagai ‘pesakit demam’ dan bukan ‘COVID-19’.

Keseluruhan situasi antiepidemik di negara itu juga dilapor memasuki fasa stabil.

Menurut agensi berita rasminya KCNA, hampir 4.8 juta jangkitan dengan hanya 74 kematian direkodkan sehingga kini.

Loading...
Terkini