comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Seorang lagi pemuda Palestin maut ditembak rejim Israel

FOTO: Reuters

TEBING BARAT: Seorang lelaki Palestin dibunuh tentera rejim Israel di Tebing Barat.

Namun seperti biasa, tidak mahu kesalahan diletakkan terhadap mereka, rejim mendakwa kononnya pembunuh itu rentetan keadaan berbalas tembakan.

Kementerian Kesihatan berkata, mangsa Saleh Mohamad Sabra, 22 tahun, maut selepas terkena peluruh hidup ketika serangan oleh tentera Israel di Nablus.

Selain itu, terdapat seorang lagi warga Palestin cedera akibat tembakan berkenaan.

FOTO: Reuters

Tentera Israel mendakwa, pihaknya sedang menjalankan operasi di Nablus untuk merobohkan rumah seorang lelaki yang disyaki kononnya melakukan serangan bersenjata di kawasan itu pada Februari lalu.

Telahan mereka, ketika operasi itu, suspek bertindak membaling batu dan melepaskan tembakan ke arah tentera yang turut bertindak balas dengan tembakan.

Insiden itu berlaku selepas gencatan senjata bagi menamatkan lima hari pertempuran sengit di antara kumpulan Jihad Islam di Gaza dan Israel.

Pertempuran itu mengorbankan 35 orang, kebanyakkannya rakyat Palestin.

FOTO: Reuters

Konflik tahun ini meragut nyawa sekurang-kurangnya 150 rakyat Palestin, membabitkan pejuang dan orang awam.

Rakyat Palestin hari ini memperingati ‘Nakba’ atau malapetaka, apabila ratusan ribu rakyat Palestin dipindahkan dari rumah mereka berikutan penubuhan Israel 75 tahun lalu.

Loading...
Terkini