comscore
Tumpuan :
Luar Negara

‘Serambi Saudi’ projek naik taraf Masjidil Haram

FOTO: Saudi Gazzette

MAKKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi meluluskan penamaan projek naik taraf Mataf di Masjidil Haram sebagai ‘Serambi Saudi’ (Saudi Portico).

Agensi Anadolu memetik media tempatan melaporkan, Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, mengumumkan perkara itu pada Ahad.

Menurutnya, bangunan berkenaan mempunyai empat tingkat dan mampu menampung 287,000 jemaah dan membolehkan 107,000 orang melakukan tawaf di Kaabah dalam sejam.

FOTO: Saudi Gazzette

Saudi Gazette sebelum ini melaporkan, Pengasas Arab Saudi moden, Raja Abdul Aziz mengarahkan projek naik taraf Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah jemaah haji, dan kerja-kerja naik taraf bermula ketika zaman pemerintahan Raja Al-Saud pada 1955.

Serambi Saudi yang mengelilingi Serambi Abbasiyah, menampilkan kawasan lebih luas yang belum pernah dilihat oleh jemaah Masjidil Haram sebelum ini.

Al-Sudais berkata, ‘Serambi Saudi’ menyediakan ruang yang lebih luas berdasarkan piawaian kejuruteraan yang berkualiti tinggi dan tepat.

Menurut data rasmi, lebih dua juta jemaah haji akan menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.

Loading...
Terkini