comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Serangan bersenjatakan pisau, seorang anggota polis Belgium maut

FOTO: REUTERS

BRUSSELS: Seorang pegawai polis Belgium terbunuh semalam dalam serangan bersenjatakan pisau dan pihak berkuasa sedang menyiasat motif sebenar penyerang.

Sumber kehakiman berkata terdapat ‘kecurigaan’ bahawa keganasan menjadi punca serangan itu, tetapi penyiasat masih belum mengumpul bukti untuk mengesahkannya.

Media tempatan melaporkan bahawa seorang penyerang menikam dua pegawai polis di kawasan sekitar stesen kereta api Gare du Nord di bandar itu pada kira-kira jam 6.15 petang waktu tempatan sebelum ditembak di kaki dan perut oleh polis peronda lain.

Berikutan itu, seorang pegawai polis dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaannya selepas ditikam di leher dan seorang lagi pegawai dan pelaku dimasukkan ke hospital.

“Pegawai polis mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari untuk memastikan keselamatan rakyat.

“Fikiran saya adalah dengan keluarga dan rakan pegawai yang meninggal dunia, semoga rakan sekerjanya yang dirawat di hospital akan sihat,” kata Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo, menerusi ciapan di Twitter. – AFP

Loading...
Terkini