comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Serangan bom nekad ragut 2 nyawa, lebih 70 cedera

FOTO: AP

PESHAWAR: 25 maut, manakala 140 lagi jemaah cedera susulan letupan bom berdekatan sebuah masjid dan balai polis di bandar Peshawar, Pakistan.

Seorang pegawai memaklumkan, kebanyakan mangsa adalah pegawai polis.

Menurut polis, anggota penyelamat berusaha membawa mangsa yang cedera ke hospital berdekatan dan mendakwa insiden itu seperti serangan bom nekad.

Namun ia belum disahkan dan siasatan lanjut giat dijalankan.

Sehingga kini, puluhan mangsa kritikal dan diberi rawatan kecemasan.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menolak kemungkinan angka korban terus meningkat.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan.

Serangan itu disyaki didalangi Taliban pakistan berikutan sebelum ini terdapat kejadian sama berlaku di negara itu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Tehreek-E-Taliban Pakistan atau TTP adalah kumpulan berlainan dengan Taliban, namun kedua-duanya adalah sekutu rapat Taliban Afghanistan.

Loading...
Terkini