comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Slovenia mahu kurangkan pengaruh politik dalam penyiaran

LJUBLJANA: Rakyat Slovenia mula mengundi bagi referendum mengurangkan pengaruh politik dan memulihkan kebebasan editorial kepada televisyen awam.

Media dan organisasi awam menyelar apa yang mereka lihat sebagai liputan berat sebelah oleh RTV Slovenija yang juga penyiar awam utama negara itu.

Gabungan pemerintah, yang memenangi pilihan raya pada April lalu, meluluskan rang undang-undang untuk memperbaharui RTV Slovenija sejurus selepas mengambil alih kuasa.

RTV Slovenija

Sehingga kini, lebih 62 peratus pengundi menyokong referendum itu, manakala sekitar 38 peratus mengundi menentangnya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Janez Jansa sewaktu pentadbirannya dianggap mengganggu kebebasan media kerana banyak mencampuri urusan stesen televisyen berkenaan, sekali gus secara tidak langsung penarafan kebebasan akhbar Slovenia merosot daripada tempat ke-36 kepada tempat ke-54.

Persatuan Wartawan Slovenia dalam pada itu menggesa rakyat supaya menyokong referendum itu, dengan mengatakan bahawa ia adalah satu-satunya cara untuk melindungi penyiar daripada penyalahgunaan dan kerosakan politik.

Loading...
Terkini