comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Taman Negara Death Valley Ditutup Akibat Banjir

Puluhan kenderaan terjejas akibat banjir di Taman Negara Death Valley. FOTO: REUTERS

AMERIKA SYARIKAT: Banjir kilat yang membadai hujung minggu lalu memaksa penutupan Taman Negara Death Valley di California.

Selain itu, puluhan kereta ditimbus lumpur dan tanah menyebabkan sebilangan kakitangan dan pengunjung terkandas.

Setakat ini sekurang-kurangnya 19 orang berjaya diselamatkan pihak bomba setelah penduduk terputus hubungan dengan Lebuhraya Interstate 70.

Sebuah taman di sempadan California-Nevada mencatatkan taburan hujan 1.46 inci, 75% daripada yang biasanya direkodkan dalam tempoh setahun.

Buat masa ini lebih 500 pengunjung terkandas di Death Valley.

Loading...
Terkini