comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Tina Turner, ratu rock ‘n’ roll meninggal dunia

Tina Turner meninggal dunia di kediamannya di Kusnacht, Zurich, Switzerland semalam, akibat penyakit yang lama dideritai. – Foto: Tina Turner/ Instagram

NEW YORK : Tina Turner, penyanyi rock ‘n’ roll yang terkenal dengan lagu What’s Love Got to Do With It, meninggal dunia pada usia  83 tahun.

Beliau dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kusnacht, Zurich, Switzerland, akibat penyakit yang lama dideritai, semalam menurut pengurusnya.

Sejak 1994, mendiang Turner menjadikan Switzerland sebagai tempat tinggalnya.

Selepas 27 tahun menjalin hubungan dengan eksekutif muzik, Erwin Bach, penyanyi digelar Ratu Rock itu mengambil keputusan mengahwini teman lelakinya itu pada majlis sivil di Lake Zurich, Kusnacht, pada 2013.

Turner atau nama sebenar, Anna Mae Bullock mencipta populariti melalui gandingan bersama bekas suami, Ike Turner pada era 1950-an hingga 1970-an, sebelum bergerak solo hingga mencetuskan fenomena pada era 1980-an dengan gaya nyanyian dan imej ‘superstar’ tersendiri.

Ketika hayatnya, Turner yang meraih lapan anugerah Grammy pada era 1980-an, melalui pelbagai episod hitam termasuk dakwaan didera bekas suami mendiang Ike, namun, bangkit menjadi antara ikon wanita dalam industri muzik dengan satu persatu kejayaan.

Banyak lagu dirakam mendiang Turner menduduki senarai lagu hit seperti Typical Male, The Best, Private Dancer dan Better Be Good To Me.

Selain itu, imej seksi, rambut ‘mengerbang’ dan sepanjang kaki yang cantik hingga dikatakan mendapatkan perlindungan insurans, sering dikaitkan dengan Turner.- REUTERS

Loading...
Terkini