comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Tindakan kejam Rejim Israel terus meragut nyawa

FOTO: ReutersConnect

10 lagi warga Palestin terkorban dalam serbuan terbaharu rejim di kem pelarian di bandar utara Jenin.

Keganasan Israel jelas dilihat apabila tembakan dilepaskan di jalan raya dengan diikuti insiden bakar membakar.

Israel mendakwa kononnya serbuan itu sebagai operasi untuk menangkap kumpulan pejuang yang sebelum itu melepaskan tembakan ke arah mereka.

Sembilan menjadi korban termasuk seorang wanita selain turut mencederakan 20 orang yang lain.

FOTO: ReutersConnect

Seorang lagi rakyat Palestin kemudiannya ditembak oleh tentera Israel di Al-Ram.

Menurut pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB), ini angka korban tertinggi pernah dicatatkan dalam satu operasi di Tebing Barat.

Keganasan itu mendorong pihak berkuasa Palestin mengumumkan untuk memutuskan penyelarasan keselamatan dengan Israel.

Dari 1 Januari tahun ini sehingga hari ini, 30 rakyat Palestin menjadi korban kekejaman Israel.

Loading...
Terkini