
WASHINGTON D.C: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengaku tidak bersalah atas pertuduhan jenayah konspirasi mengubah keputusan Pilihan Raya 2020 dan menipu rakyat.
Trump membuat pengakuan itu ketika pendengaran pertuduhan mahkamah di Washington.
Penafian itu selepas hakim majistret membaca empat pertuduhan jenayah yang membawa hukuman penjara maksimum, dengan pihak pendakwa raya diketuai Peguam Pembela Khas, Jack Smith.
Smith membuat pertuduhan, Trump berkonspirasi menipu negaranya, berkomplot dan menghalang prosiding rasmi, serta cuba melucut hak pengundi dengan dakwaan palsu beliau memenangi Pilihan Raya 2020.
Smith mengaitkan tindakan Trump selepas kekalahannya dengan serangan di Capitol, yang disifatkan ‘serangan julung kali terhadap demokrasi Amerika’.
28 Ogos ditetapkan bagi pendengaran perbicaraan penuh di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat.